Selawat memiliki keutamaan dan kemuliaan yang
begitu banyak. Ibnu Qayim Al-Jauziyah menjelaskan 40 keutamaan dan kemuliaan
selawat atas Rasulullah saw bagi yang membacanya. Maka, membacanya bererti kita
telah mendapatkan 40 keutamaan dan kemuliaannya.
Dalam buku Mukjizat Selawat yang ditulis oleh Habib
Abdullah Assegaf, Lc., M.A & Hj. Indriya R. Dani, S.E. disebutkan dari
ke-40 keutamaan dan kemuliaan selawat tersebut. Di antaranya sebagai berikut.
1. Mentaati perintah Allah SWT
Sebagaimana pengertian selawat dalam Al-Qur`an
surat Al-Ahzab (33) ayat 56, selawat adalah doa yang ditujukan kepada
Rasulullah saw sebagai bukti rasa cinta dan hormat kita kepadanya. Ia doa dari
para malaikat, bahkan Allah SWT memerintahkan malaikat untuk mendoakan mereka
yang berselawat. Jika kita membaca selawat, bererti kita menta’ati perintah
Allah SWT ini.
2. Keselarasan Allah SWT dalam
berselawat atas Rasulullah saw.
Namun, selawat-Nya dan selawat kita berbeza.
Selawat kita bermuatan doa dan permohonan, sedangkan selawat Allah bermuatan
pujian dan pengagungan.
3. Keselarasan atas Malaikat-Nya dalam berselawat.
Selawat dari Allah SWT bererti memberi rahmat bagi
Rasul-Nya, sedangkan dari malaikat bererti memohon ampunan (istighfar) baginya.
Sebagaimana dalam hadits riwayat An-Nasa`i, Rasulullah saw bersabda, “Malaikat
Jibril datang kepadaku sambil berkata, “Sangat menyenangkan untuk engkau
ketahui wahai Muhammad bahawa untuk satu selawat dari seorang umatmu, akan ku
imbangi dengan 10 doa baginya, dan 10 salam bagimu, akan ku balas dengan
sepuluh salam baginya.’.”
4. Memperoleh 10 selawat dari Allah SWT.
Berdasarkan hadits riwayat Muslim, Rasulullah saw
bersabda, “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat
kepadanya sepuluh kali.” Itu bererti Allah SWT akan memberi 10 rahmat bagi
orang yang berselawat kepadaku, meski hanya satu kali.
5. Derajatnya diangkat sepuluh derajat oleh Allah
SWT.
Sesuai hadits Rasulullah yang berbunyi,
“Barangsiapa berselawat satu kali saja, Allah akan memberi 10 rahmat sama
dengan 10 derajat baginya.”
6. Mendapatkan catatan 10 kebaikan.
Diberikan sepuluh rahmat apabila berselawat satu
kali saja. Itu bererti sama dengan ditulis 10 kali kebaikan baginya.
7. Sepuluh keburukan dihapus darinya.
Membacakan satu kali saja selawat akan mendapat 10
rahmat dari Allah SWT sekaligus dihapus sepuluh keburukannya.
8. Apabila mengawali doa dengan selawat, diharapkan
akan di ijabah, kerana selawatlah yang akan mengantarkan doanya di sisi Allah
SWT.
9. Selawat akan mendatangkan syafa'at dari
Rasulullah saw bagi yang membacanya.
Hal ini apabila di iringi (dengan permintaan)
wasilah kepadanya atau tanpanya.
10. Menjadikan kifarat atau ampunan terhadap dosa.
Ini jelas kerana dengan berselawat, 10 keburukan
dihapuskan. Itu bererti menjadi kifarah yang menghapus dosa kita.
11. Selawat akan mencukupkan apa yang di inginkannya.
Usaha dan doa yang terus-menerus akan memacu
seorang hamba dalam pekerjaan dan kegiatannya. Oleh kerana itu, biasanya orang
yang sering berselawat lebih rajin dalam mengusahakan apa yang di inginkannya.
12. Selawat menjadikannya seorang hamba dekat
dengan Rasulullah saw pada Hari Kiamat kelak. Ini kerana pembaca selawat kelak
akan mendapatkan syafa'at dari Rasulullah di akhirat. Itu bererti ia akan dekat
dengan beliau.
13. Selawat merupakan bentuk sedekah bagi orang
yang tidak mampu bersedekah.
14. Selawat menjadikannya dipenuhi hajat-hajatnya.
Sama halnya seperti dalam penjelasan selawat akan
mencukupkan apa yang diinginkannya. Jika kita ikhlas berselawat untuk
Rasulullah, niscaya Allah akan memenuhi hajat-hajat kita.
15. Selawat menjadikan Allah SWT berselawat untuk
yang berselawat kepada Rasulullah saw dan juga malaikat-malaikat-Nya.
16. Selawat merupakan zakat bagi yang berselawat
dan menyucikannya.
Hakikat berzakat adalah menyucikan diri. Dengan berselawat,
seseorang telah menyucikan dirinya, kerana sepuluh dosanya dihapuskan dan sepuluh
kebaikan diberikan kepadanya.
17. Selawat akan memberikan kabar gembira tentang Syurga
kepada seorang hamba yang melakukannya sebelum kematian.
18. Selawat akan memberikan keselamatan dari
bencana pada Hari Kiamat nanti.
19. Selawat menjadikan Rasulullah saw menjawab selawat
dan salam dari umatnya yang berselawat baginya.
20. Selawat menjadi pengingat apa yang menjadi
lupa.
Selawat seperti shalat, yang bererti mengingat
terus Allah SWT. Dengan berselawat, kita akan di ingatkan agar tidak
melupakan-Nya, baik melalaikan shalat mahupun perintah lainnya.
21. Selawat memberikan kebaikan pada suatu majlis
dan penghuninya tidak akan mendapat kerugian pada Hari Kiamat.
22. Selawat dapat mencegah kefakiran.
Selawat yang dilantunkan terus-menerus mendorong
seseorang untuk berbuat baik dan bersemangat dalam kehidupannya. Oleh kerana
itu, ia menjadi rajin dalam bekerja, yang tentunya mencegahnya dari kefakiran.
23. Selawat mencegah seorang hamba dari sifat kikir
apabila ia berselawat atas Rasulullah saw, saat namanya disebutkan di sisinya.
24. Ia selamat dari panggilan “orang yang celaka
atau binasa”. Sebuah panggilan yang ditujukan kepada yang meninggalkan selawat
untuk Rasulullah saw ketika namanya disebutkan.
25. Selawat mengantarkan seorang hamba ke jalan Syurga,
sedangkan yang meninggalkannya telah salah dan menempuh jalan ke neraka.
26. Selawat menyucikannya dari kebusukan majlis
apabila di dalamnya tidak terdapat zikir kepada Allah SWT dan Rasulullah saw.
Itu kerana memuji (Allah) dan bersyukur atas-Nya di dalamnya, serta berselawat
atas Rasulullah saw.
27. Selawat menjadikan sempurnanya kalam yang
dimulai dengan pujian kepada Allah Swt dan selawat atas Rasulullah saw.
28. Selawat menjadikan terangnya cahaya Allah bagi
seorang hamba dalam menempuh jalan yang lurus.
29. Dengan selawat, seorang hamba diperkecualikan
dari sikap kasar. Kebaikan akan selalu menyertainya dan terhindarkan dari
segala keburukan.
30. Selawat menjadikan motif tetapnya adalah Allah
SWT dalam memberikan pujian yang baik bagi Rasulullah saw.
Hendaknya kita
selalu berselawat, bila pun dan di mana pun kita berada.
Berselawatlah
dengan ikhlas hanya mengharapkan rahmat dan redha-Nya, serta
sebagai bukti tanda
cinta sekaligus penawar rindu kepada Rasulullah saw. Dengan
demikian,
keutamaan, manfa'at, dan mukjizat selawat akan datang menjemput Anda,
baik di sedari
mahupun tidak. Anda akan mendapatkan perubahan yang positif dalam
kehidupan
sehari-hari.
* Artikel ini dikutip dari sebagian isi buku
“Mukjizat Selawat“. Habib
Abdullah Assegaf, Lc., M.A & Hj. Indriya R.
Dani, S.E. QultumMedia. 2009.