SELAWAT ‘AZIMIAH
.
Selawat Akhir Zaman, Selawat Azimiah, sekali baca menyamai baca Dalailul Khairat 33,333 kali. Cukup baca satu kali sehari.
Fadhilat Mengamalkan Selawat ‘Azimiyah
(Di Baca : 92x, 70x, 12x, 7x, 1x)
Ahli hadist dua kota suci Makkah dan Madinah, Allah Yarhamuh as-Sayyid Muhammad Bin Alawiy Bin Abbas al-Malikiymengatakan, “Siapa yang membaca Selawat Azimiyah 70 kali sebelum terbit fajar, maka ia akan melihat Rasulullah.”
Para ulama ahli asrar menyatakan, “Siapa saja yang membaca Selawat Azimiyah 92 kali, maka Selawat itu tak ubahnya bagaikan pedang yang tajam sehingga dengan cepat mengabulkan segala hajatnya secepat pedang tajam memutuskan leher binatang sembelihan.”
Berikut Selawat Azimiyah :
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻚَ ﺑِﻨُﻮﺭِ ﻭَﺟْﻪِ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢِ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻣَﻸَ ﺃَﺭْﻛَﺎﻥَ ﻋَﺮْﺵِ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢِ ﻭَﻗَﺎﻣَﺖْ ﺑِﻪِ ﻋَﻮَﺍﻟِﻢُ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢِ ﺃَﻥْ ﺗُﺼَﻠِّﻲَ ﻋَﻠَﻰ ﻣَﻮْﻻَﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﺫِﻱ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢِ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﻧَﺒِﻲِّ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢِ ﺑِﻘَﺪْﺭِ ﺫَﺍﺕِ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢِ ﻓِﻲ ﻛُﻞِّ ﻟَﻤْﺤَﺔٍ ﻭَﻧَﻔَﺲٍ ﻋَﺪَﺩ ﻣَﺎ ﻓِﻲ ﻋِﻠْﻢِ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢِ ﺻَﻼَﺓً ﺩَﺍﺋِﻤَﺔً ﺑِﺪَﻭَﺍﻡِ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢِ ﺗَﻌْﻈِﻴﻤﺎً ﻟِﺤَﻘِّﻚَ ﻳَﺎ ﻣَﻮْﻻَﻧَﺎ ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﻳَﺎ ﺫَﺍ ﺍﻟْﺨُﻠُﻖِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢِ ﻭَﺳَﻠِّﻢْ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﻣِﺜْﻞَ ﺫَﻟِﻚَ ﻭَﺍﺟْﻤَﻊْ ﺑَﻴْﻨِﻲ ﻭَﺑَﻴْﻨَﻪُ ﻛَﻤَﺎ ﺟَﻤَﻌْﺖَ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟﺮُّﻭﺡِ ﻭَﺍﻟﻨَّﻔْﺲِ ﻇَﺎﻫِﺮﺍً ﻭَﺑَﺎﻃِﻨﺎً ﻳَﻘَﻈَﺔً ﻭَﻣَﻨَﺎﻣﺎً ﻭَﺍﺟْﻌَﻠْﻪُ ﻳَﺎ ﺭَﺏِّ ﺭُﻭﺣﺎً ﻟِﺬَﺍﺗِﻲ ﻣِﻦْ ﺟَﻤِﻴﻊِ ﺍﻟْﻮُﺟُﻮﻩِ ﻓِﻲ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻗَﺒْﻞَ ﺍﻵﺧِﺮَﺓِ ﻳَﺎ ﻋَﻈِﻴﻢُ .
Syeikh Yusuf Bin Ismail an-Nabhaniy berkata, “Imam Ahmad bin Idris RA, telah menerima Selawat ini dari Rasulullah langsung oleh Sayyidina Khidir AS satu kali.”
Diriwayatkan bahawa salah seorang pengikut Thariqah Idrisiyah meninggal di kota Makkah dan dikuburkan di pekuburan Ma’la. Saat jenazahnya diturunkan, ternyata orang yang memasukkan jenazahnya ke lubang lahad adalah seorang ahli kasyaf (telah terbuka hijabnya) tiba-tiba ia melihat ada malaikat yang datang membawa ranjang dan lampu-lampu dari syurga lalu membentangkan lubang kuburannya, sehingga menjadi luas sejauh mata memandang. Si ahli kasyaf sangat takjub dengan kemuliaan yang diberikan kepada mayyit, lalu ia berkata dalam hatinya: “Aduhai seandainya nanti aku meninggal, aku berharap Allah Taala memberikan juga kepadaku kemuliaan seperti ini. Tiba-tiba malaikat berkata: Diantara kalian akan mendapat kemuliaan ini dengan barokah Selawat Azimiyah yang kalian baca.”
.
Imam Ahmad Bin Idris merupakan seorang wali yang telah mencapai maqam Qutub, yaitu martabat yang tinggi dalam maqam wilayah (kewalian) dan juga dikatakan meraih maqam Sultan Salatin al-Awliya (raja para wali). Selain itu beliau juga terkenal sebagai seorang ulama pembaharu (mujaddid). Beliau telah banyak mengembara dan berdakwah di jalan Allah serta menyebarkan ajaran Tariqahnya ke berbagai tempat hingga ke Makkah, Madinah, Mesir, Sudan, Yaman dan lain-lain.
Beliau wafat pada malam Sabtu di antara waktu Maghrib dan Isyak pada tanggal 21 Rajab. Murid beliau Sayyid as-Solih Ahmad Ustman al-‘Uqailiy ditunjuk untuk memandikan dan jenazah beliau telah disolatkan oleh al-‘Allamah al-Wali Sayyid Yahya bin Muhsin al-Ni’ami al-Hasaniy. Beliau dikebumikan pada tanggal 21 Rajab 1837 M / 1253 H) di Sabya. Kota Sabya yang pada masa itu menjadi bahagian negeri Yaman, namun sekarang sudah masuk dalam wilayah Saudi Arabia.
Adapun sanad muttashil (bersambung) kepada Imam Ahmad Bin Idris al-Hasaniy RA sebagai berikut :
الحبيب سالم بن عبد الله الشاطرى عن الحبيب علوى بن عبد الله بن شهاب عن الحبيب على بن محمد الحبشى عن الحبيب ابى بكر بن عبد الله العطاس عن السيد احمد بن ادريس
و الحبيب سالم بن عبد الله الشاطرى (١) عن الحبيب عبد القادر بن احمد السقاف عن الحبيب ابى بكر بن احمد بن حسين الحبشى (٢) عن الحبيب حسن بن سالم بن احمد بن حسن العطاس عن السيد محمد بن على بن محمد بن احمد بن ادريس عن والده السيد على عن والده السيد محمد عن والده السيد احمد بن ادريس عن الشيخ عبد الوهاب التازى عن الشيخ عبد العزيز الدباغ عن سيدنا الخضر عليه السلام عن النبى صلى الله عليه واله وسلم.
(١) فى “نفحات المسك العاطرى”
(٢) فى “الدليل المشير الى فلك اسانيد الاتصال بالحبيب البشير”
"Dahulu Al Ustadzul Imam Alhafidz Alhabib Abdullah Bilfaqih memerintahkan kepada murid-murid beliau membaca Selawat Azimiyah 12 kali apabila ada orang yang meninggal dari keluarga sanak saudara/orang lain.
Fadhilatnya: di alam kubur sang mayyit akan diberi lentera yang tak terhitung jumlahnya, diberi tempat tidur yang tak terhitung jumlahnya, dan di alam kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang.
(Samahat Alhabib Abdurrohman Bilfaqih - Malang)
Keterangan : Selawat ini sudah di ijazahkan secara umum kepada orang yang ingin mengamalkan nya.
.