SolatUllah ‘ala Thohal Yamani
Pagi-pagi Sayyidul Ayyam, Penghulu segala Hari, ini eloklah kita jangan lupa memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Sayyidil Anam. Telah datang anjuran untuk berselawat dengan sebanyak-banyaknya pada hari dan malam Jumaat, dan juga telah datang berbagai hadits dan atsar mengenai keutamaan berselawat pada hari dan malam yang mulia ini.
Imam Abu Nu`aim meriwayatkan bahawa Baginda ‘Ali RA menyatakan:-
من صلى على النبي صلى الله عليه و سلم
يوم الجمعة مائة مرة جاء يوم القيامة و معه نور
لو قسم ذلك النور بين الخلق كلهم لوسعهم
Sesiapa yang bersholawat atas Junjungan Nabi SAW pada hari Jumaat 100 kali, nescaya dia akan datang pada hari kiamat kelak dengan suatu nur yang jika dibahagi-bahagikan nur tersebut kepada sekalian makhluk pasti ianya akan meratai mereka semua bahkan berlebih lagi.
Tags:
Selawat